EXTENSIONS

TUGASAN 5

UNSUR-UNSUR DALAM LAMAN WEB

No.

Unsur-unsur

Fungsi

1.

Home

Halaman ini merupakan halaman pertama yang akan ditemui pelawat. Halaman ini menerangkan kepada pelawat bagaimana dan apa yang terkandung dalam sesuatu laman web

2.

About us

Menyatakan tentang produk, perkhidmatan dan misi halaman.

3.

Contact us

Menyatakan medium perhubungan seperti alamat email, nombor telefon, faks dan alamat lokasi perniagaan serta peta lokasi syarikat

4.

Product List/Service List

Huraian produk atau perkhidmatan yang disediakan didirikan pada halaman yang menerangkan secara terperinci

5.

Peta tapak/Outline

Sebagai rangka kasar untuk menterjemahkan idea dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang terkandung di dalamnya.

6.

Navigation bar

Navigation bar biasanya diletakkan di atas setiap muka surat atau sebelah tepi laman web dengan kedudukan konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Navigation bar yang digunakan tidak terhad kepada teks sahaja. Biasanya terdapat juga butang ‘back’ dan ‘forward’ ataupun ‘previous’ dan ‘next’ bagi memudahkan pembaca

7.

Grafik

Penggunaan grafik akan menampakkan keceriaan dan daya tarikan sesuatu laman web. Imej yang menarik, ‘fast-loading’ dan dapat menyalurkan maklumat akan menjadi daya tarikan. Bagi mengoptimakan imej, format 16-colour sering digunakan. Menggunakan ikon dan gambar yang kecil dan relevan adalah pilihan terbaik pada navigation bar. Grafik bagi navigation bar akan muncul di setiap muka surat lebih cepat dengan adanya cache.

8.

Frequenty Asked Question

(FAQ)

Ruangan FAQ ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang sama dari pembaca-pembaca yang berlainan. Ia boleh menjimatkan masa web manager menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali, dan sekaligus menyenangkan pembaca lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan. Kebanyakan laman web yang mengandungi ruangan FAQ ini, biasanya akan menyenaraikan soalan-soalan popular di bahagian atas muka surat dengan membuat sambungan kepada jawapan-jawapannya. Pembaca hanya perlu klik pada soalan dan mereka akan disambungkan kepada jawapan berkenaan

9.

Mekanisma pencari

Ia bertujuan bagi memudahkan membuat carian dengan hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai mukasurat di dalam tapak web yang mengandungi perkataan tersebut. Peralatan pencari senang untuk diselanggarakan sebaik sahaja ia – ke dalam server web. Ia secara automatik akan mengemaskini segala data pencari

10.

Unit/sambungan

Koleksi sambungan dengan tapak salah satu komponen utama tapak web ialah koleksi sambungan dengan lain-lain tapak web yang berkenaan. Sambungan dan ringkasan apa yang terkandung di dalam sambungan tapak web tersebut akan menyenangkan pembaca memilih laman web yang mempunyai topik yang dikendaki.

11.

Mukasurat berita

Berfungsi untuk memberitahu pembaca tentang informasi terbaru yang dimasukkan ke dalam laman web. Ia biasanya disertakan tarikh akhir mengemaskini laman web bagi memberi makluman kepada pembaca sama ada berita terkini yang dimuatkan merupakan berita yang benar-benar terbaru ataupun sudah lapuk.

12.

Buku pelawat

Bagi mengetahui berapa ramai pengunjung yang melawat laman web tersebut. Ini juga menjadi penanda aras sejauh mana maklumat yang kita muatkan dalam laman web tersebut diminati oleh para pengunjung.

Apakah
extensions?

Extension fail adalah satu dokumen yang terdapat di dalam satu laman web yang juga merupakan rangkaian bagi menghubungkan diantara laman web lain. extensions fail juga adalah singkatan bagi bagi sesebuah fail yang terdapat dalam komputer. Ianya juga terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti video, audio, teks, grafik dan gambar.

Jenis-jenis extension.

JENIS FAIL

EXTENSION

Gambar

Jpn,png, bmp,gif dan imej

Run fail

Exe

Audio

Mp3, wma dan wav

Video

Avi dan rmvb


Rujukan :

0 comments:

Post a Comment